Kiddy pic coming sooooon

By: Mohd Taufiq and Nurfahimah Manchester UK

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Saturday, 3-Nov-2007 15:43 Email | Share | | Bookmark
Welcome Autumn!! The orangery time!!

 
 
 
View all 8 photos...
hmm......
suka sgt time autumn...
daun semua bertukar kaler...
bertaburan menyemak jalan...
wheather pun dah bertambah sejuk....
matahari pun dah mula malu2 nak keluar....
dah mula rasa malam yg amat panjang....
siang rasa terkejar2 dgn pelbagai hal...
dah start mula kumbah drawer cari baju tebal...
habih dah ler time budak2 menyeksi



Gambar2 ni di ambil masa bali dari jamuan hari raya mcch..
ramai giler berposing kat situ.....
mcm2 cara ader.......





Friday, 12-Oct-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari raya yg tak akan dpt dilupakan....

gambar balik dari solat raya
adik dhodi nak duduk sini
gambor rayo dirumah kami, dhodi tepon wan
View all 13 photos...
Somebody asked me why k ma punya title up there, raya yg tak dapat dilupakan, best sgt ker? well untuk menjawab persoalan tersebut, kisahnya bergini. bukan disebabkan best sgt, rasanya raya yg tak best kot, sebabnya mmg tak expect langsung raya jatuh on FRIDAY, confident giller hari SABTU.. so hambo yg confident nih mmg tak prepare langsung aper2 even hari khamis stil lagi duk berlengah2 membeli bolah dikedai2 brg termasuk kedai ayam. Yang paling haru tuh gi dah kedai ayam, but duk pikir mana nak simpan ayam yg berkotak2 nih, fridge bukan byk space! deal dgn en paki tu untuk booking and ambik esok pagi which is FRIDAY morning 9.00am. En paki tu pun kata OK I GIVE U FRESSHH ONe.. wah bestnya telinga dgr.Lagipun nak menyetelkan cuci2 ayam and so forth nak buat mlm before raya supaya sedap and fresh dijamu untuk tetamu.. .

Balik dari kedai simpan2 brg perkakas, and get ready bahan2 nak buat kek lapis, sambil godey kek bleuberry chiffon dllm mixeer. Alhamdulillah chiffon ready before time nak gi work. worked from 5-7. Balik kerja melencong ke boots cari sikit lagi barang nak tambah pada kek lapis. sampai rumah hubby kata ade negara raya friday but malaysia dah declared sabtu. oklah saya menyampuk, sure kita pun sabtu hubby kata makkah raya esok. o yer ker, takper ler kita sure sama cam malaysia kot. confident gillerrrrrr... habis solat and all stil hubby kata no announcement pasal raya padahal dah kul 9.00 saya pun kata ler, alah raya sabtu ler tuh, lmbt announce. confident gillerrrrrrr... tgh2 duk lapis melopis kek tetiba received phone call from junior Undergrade mcot (kg sebelah) kata: k ma raya biler? kami raya esok... haaaaaaaaaa!!!!!!hambo terkejut ye ker, diorg pun kata diorg terkejut.... so terus declare kat depa if rayo esok k ma raya sabtu jugak! so korang nak dtg, dtg sabtu lepas zuhur tapi menjawab gak lagi kata... kami sabtu kot coz biasa ikut mesia End conversation,..... but heartbeat dah mula tak keruan still jugak teruskan aksi melopez kek lapis serawak ku itew sekali disaster striked!!!! hubby turun kata: MCCH RAYA ESOK!!!!!! hijau biru muka seketika ditambahkan dgn heartbeat dah mula mcm rolercoster.. kepala lutut dah buat bunyi2 (ketar)... tanya hubby hampair 10 times kenapa mcch raya esok, why why tell me why so mlang sungguh nasib kek lopez serawak ku itew, dari senipis alam terus jadi setebal alam, dari pakai sudu kecil tukar pakai senduk besor, senang sikit, cepat habis melopez. tapi dayakan jugak mengahbiskan saki bakinya, but kena tukar nama ler dari kek lapis serawak, kpd kek lopez MANCISTER.

habis jer kek semua settel, aktiviti mengomas rumah, campak segala atuk nenek, bit bot but bat..humban kemana yg boley.. nak masak untuk jamu tetamu esok mmg dah takde daya, bukan takde daya, takde hapa pun, ayam secubit pun tarak , rasa kalau boley buat sayap mcm kapalterbang, mlm nih jugak rasanya nak terbang balik mesia..tuler akibat penyakit lastminutedotcom apa2pun siap kemas secantik mungkin, siap susun all the 13 kueh raya dlm balang, tinggal a few tasks je lagi nak buat seawal pagi esok.. terus gi kat ym tukar status ''kami raya sabtu so if nak datang umah datang sabtu lepas zuhur'' coz dpt a few msg yg nak dtg beraya.... maaf ler yerk, kami tak ready tepon sana sini semua org pun tgh terbang periuk belanga ....saya masih dgn episode mengemas2 dan akhirnya tertido pukul 2 pg. hubby dah selamat tido dgn budak2 selepas tahu esoknya raya.. kita muncung pnjg satu kilometer, tension weh sesorg buat kerja tetapi anggapan ku itew rupanya tidak.. hubby sgt baik hati, bangun seawal waktu sahur (4.30) vaccum satu rumah, ats dan bawah, buang sampah, basuh toilet, kemas rak kasut yg setinggi rumah dan bermacam lagi. saya tersedar ketika dia gerak ajak angkat cabinet yg baru beli keatas. terus mulut nak ngomel konon nak minta kesian tak tolong kita semlm rupa2nya dia dah jawab dulu... THANKS ABANG!!,saya terus terjun kebawah tukar alas meja kepada yg baru.. and off naik atas iron baju.. at 8.30 off we went to cheetham community school hall for eid prayer.

Semua muka sememeng jerk, coz terkejut raya tak habis lagi.. mana yg dah ready siapler kami bakal menyerang, mana yg belum seprti hambo, eitther salam and senyum2 jerk atau salam and pandang2 jerk, tak jemput pun maghi umah tapi hambo jabat je salam terus jemput keteratak kami sabtu lepas zuhur . tetiba teringat si noon, agaknya dia nih raya ke tak esok nih (tak boley nak contact dia coz dia dia dia... suahs untuk dihubungi.. ) sebellum memulakan perjalanan menyerbu rumah org, kami singgah dulu di kedai ayam, alhamdulillah kedai bukak coz pakistan raya sabtu.. kami pun beli segala perkakas nak membuat nasi kerabu sampai lengkap. Ayam dgn sayur je lagi pun, yg lain dah beli.. lepas shopping terus singgah umah member2 and 2 rumah je sempat, coz byk benda lum settle terus balik rumah and saya mula prepare mcm2 untuk esok and ptg dah nak ke kerja, so buat dulu mana yg boley. tepon k aisyah (rumah noon duduk) mujur ader dlm msg no phone dia, tanya k aisyah raya dah ke. dia kata dia dah raya but noon puasa coz dia nak raya ikut manchester... terus lidahku kelu tak terkata hanya: ''oooo ok'' and k aisyah mention noon balik petg ini ke manchester... yahooooooooooooooooooooooo!!!! kesian noon puasa lagi.. kesian dia raya lambat... aper2 pun takper ler noon... ko dpt pahala lebih...

itew ler kisahnya.......... (surely menjadi raya yg paling tak dpt dilupakan......) mlm raya pertama kami still bersilat didapur, mujur noon ade menemani.. tak seperti raya2 yg lepas, mlm raya pertama, tido dgn perut yg kenyang... ... ...Alhamdulillah majlis esoknya sgt meriah, hampir 70 undergrade dtg beraya, belum family lagi... hampir semua rakan2 yg dijemput dtg....Majlis bermula pukul 1.00 hingga tamat pukul 1 pagi. walaupun ruang agak sempit (rumah kecik) sehinggakan ade yg makan berdiri, tak sampai tgn nak tambah..maaf dari kami sekeluarga.....makanan pun alhamdulillah... semua cukup..ada lebih sikit bagi cik noon bawak balik asrama... sempat jugak kami mencilok2 lari ke rumah k fiza, sambil meninggalkan nota dipintu supaya tetamu yg dtg tahu kami beraya sekejap ke lorong depan. Ahad kami beraya konvoi bersama k fiza, pecah rekod raya kami di UK, 8 buah rumah berjaya dilawati..

Terima kasih kpd semua yg hadir.....tahun depan kalau raya terkejut lagi, insyallah kami get ready.....






Wednesday, 10-Oct-2007 05:30 Email | Share | | Bookmark

ASSALAMUALAIKUM...

Hampir berakhir sudah ramadhan yg mulia, rasa sekejap masa berlalu, rasa sedih ianya berakhir.Ramadan Al-Mubarak hampir/telah berlalu, begitu juga bulan-bulan yang lain. Tahun berlalu dan berganti tahun berikutnya, hingga mengikis sisa-sisa umur kita. Kita bergembira dengan berakhirnya Ramadan dan bermulanya Syawal, tanpa menyedari bahawa bulan ini seumpama lembaran hidup kita yang dilipat satu demi satu sehingga habis lipatan tersebut. Ketika itu barulah kita sedar bahawa tempoh hidup kita di dunia ini sudah tamat. Dalam hal inilah Hasan Al-Basri pernah berkata:

“Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau adalah kumpulan hari-hari. Setiap kali satu hari berakhir, maka satu bahagian dari hidupmu/umurmu juga turut lenyap.”

Namun syawal tetap juga akan menjelma.. Aidilfitri hari kemenangan, hari keseronokan, hari untuk mengumandangkan takbir, mengagung dan membesarkan nama Allah. Menyinsingnya fajar Syawal menggamit kita sekelian memulakan agenda Aidil Fitri dengan berkumpul untuk bersama-sama bertakbir, bertasbih, bertahmid, mengerjakan solah sunat Aidil Fitri, mendengar dua khutbah serta dapat bersilaturrahim sesama kita umat Rasulullah SAW. Beginilah caranya kita disuruh untuk melahir dan menjuruskan rasa syukur dan kegembiraan kita mengikut kerangka dan panduan Ilahi.Kemuliaan Aidil Fitri ini marilah kita manfaatkan dengan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Sifat benci-membenci digantikan dengan sayang-menyayangi sesama kita

Di kesempatan ini, kami mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI buat semua family, rakan2 dan kenalan yg mengenali kami maaf zahir dan batin. Halalkan segala makan dan minum kami, Maafkan segala yg ter2.. include TER kentut .

Terima lah kad ucapan digital dari kami, Royalmail sini STRIKE so real card tak leh sampai



10 things I miss most when ramadhan end:

1. Busy and Hectic when to prepare for iftar and sehri, sometime with over load foods on the table and sometime with nothing at all.

2. Tarawikh jemaah with daddy, together with hamim and dhodi even thoug they did not know what to read except ameeeeen but alhamdulillah they knew how to act. Even we prayed very late nite, still dhodi bam bam accompanied us. good boy!

3. Tadarus alquran, struggle to Khatam it. Jelous when we beat each other. Fight over surah to read and alhamdulillah we did it.

4. Iftar at friend's house, or in my house, lots of foods, segala atuk nenek kueh ada, lots of story mory.

5. Time to prepare cookies raya, remembered how my tummy drumming, drooling when the cookies is ready but can not taste it until iftar time. menduga sungguh when kids tasted it with closed eyes.

6. Eagerly waited for parcel from Malaysia which contained all the ingredients to prepare for raya which not sale here example: Krimwell, segala tepung2 and many more. Thanks to makngah.

7. Struggle to prepare fluffy buttercream swissroll at k fiza house with lot of lots of 'tulah' and malang menimpa alhamdullilah jadi jugak akhirnya..

8. struggle to stay alive when we missed sehri.. felt like the longest day ever

9. Tension to see some friends excited bout going back to malaysia for hari raya.. Jelous sungguh!

10. Last but the most is... terbayang2 how best it is how good it feel when we are celebrate ramadhan at Malaysia, with lot of foods to choose and buy at PARAM. How easy to prepare cookies and cakes since senang nak dpt all the ingredients. How best it is when come to makan2 iftar with parents and family. How good it feel when rushing to get ready to go to mosque for tarawikh. How exicted we feel when to hear the pengumuman raya with the same text and nada bacaan every raya.... then only we can know eiher ramadhan is end or not yet...



''Jauh mana pun jarak kita, lama mana pun kita tak jumpa, kita tetap tunggu anak bulan yang sama!''

p/s: sorry k nn, saya curi ayat akak


Tuesday, 28-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Episode 2: My brother's wedding - our side, bangi

 
 
 
View all 69 photos...
continue cerita last updated...

Habis je kami ronda the mines and penuhkan perut yg berkeronchong di Kenny Rogers, terus balik rumah, Dhodi dah mula tak keruan , rasa sebelah muka yg uncomfortable, kesian dia he tried very hard untuk melasakkan diri bersama2 sepupu sepapatnya, apekandaya, bisa gigitan nyamuk semakin menjadi2 (BEDEBAH punya nyamuk!! ) 5 minutes sekali dia merengek , showed uncomfortable. Mak ngah mula dah rungsing coz bengkak dia makin menyembul even after tonyoh segala mcm atuk nenek ubat dah..ni lah muka nya sewaktu cuba melasakkan diri..... tetapi........


Mlm berlalu tertido jugak dhodi setelah pekena sesudu Carpol, by the hope dia tido nyenyak and kurang rasa gatal the next day, pepagi buta mummy dah tilik muka Dhodi... MASYAALLAH!!! apesal muka anak aku bengkak sebelah!!!! sampai mata tak boley bukak!!!! terus berlari kebawah cari makngah oleh disebabkan gerun melihat, lupa ambik gambar Makngah pun terperanjat, calling sana sini tanya mana hospial nak pegi after had breakfast, mandi2 and straight to hospital makngah (hospital serdang) as a result, Dhodi warded coz dia tak nak ambik oral antibotic, so kena guna drip cucuk kat tangan sedih jerk dgr dia menagis menjerit2 masa nak masuk drip tuh, mummy mmg tak sanggup nak tgk, bukan setakat tak sanggup jerk, kita pun mengis sekali duduk dlm bilik air bukak air paip kuat2, by the hope tak dgr dhodi nagis, rupanya lama lah pulak nak memasukkan drip tuh, kuar2 bilik air terus dgr suara dhodi panggil mummy... apleagi mummy pun (memmg tak sanggup tgk anak sendiri kena cucuk, sakit rasa perut tolong rasa tahan sakit ) Mmg kebiasaannya hamim2 cucuk imunisasi mummy takde tgk and pegang semua daddy..

Oleh kerana ward pead hospital tuh, mak ngahnye yg boss so makngah kasi kitaorg duduk bilik isolate (which is untuk budak2 yg penyakit berjangkit je duduk) oleh kerana kami nih tak pernah berpisah2 even sehari, so semua pun nak duduk ward sepatutnya pead ward takder kelas2 and boley sorang adult je jaga, ini kami buat mcm bilik sendiri lak alhamdulillah bilik isolate tu byk yg kosong, so boley lah nak duduk.. Thanks a lot mak ngah...

Setiap kali drip antibiotic habis, seperti biasa mummy melarikan diri setiap kali nurse dtg nak cucuk yg baru, mujur daddy adee mlm daddy stay siang daddy balik merehatkan diri and mak ngah ganti tmpt daddy. kesian mak ngah even that time mak ngah ambik cuti but still kena dtg spital teman mummy thaaaaaaaaaaaaaankss alot mak ngah.. oh lupa! ha nak citer rupanya cucuk antibiotic nih sakit yg amat, so mak ngah dilutekan sikit bagi cair, itu pun still dhodi menagis2 dari sepatutnya 2 hari jerk hospitalized terus jadi 3 hari... . Si hamim kakak pulak senyap jerk, makan tak nak minum pun tak nak. agaknya kesian dia tgk adik dia kot

Dlm ward mummy and makngah sibuk disccussed pasal persiapan untuk kenduri on our side, mcm2 kami pikir but tak leh nak work on it sbbnya dlm ward so kuar2 jer ward mcm2 kerja menanti.. mummy pun byk lagi card tak hand in... ada yg main pakai call jerk ader yg sms jerk so sesapa yg tak sempat dpt card (hihihi dah expired ler tapi) ini cardnya... simple but vogue gitu...



Kuar je dari ward terus kejar sana sini, cari barang ler, tempah itu ler, tempah ini ler, beli itu beli ini, siang mlm pagi petang berkerja keras utk majlis yg bakal belangsung. Dhodi dah sembuh, so settle sikit. Happy lagi sejak kuar ward nih.... seperti biasa ler selagi majlis tak start selagi tu jer byk benda yg lastminutedotcom of course ler nih le last kenduri kawin adik beradik kami, so mana benda yg time kita tak merasa, time org lain kita tolong rasakan.. so tak tido mlm tu lumrah, terjelepuk kepenatan tuh biasa, tersasul2 and terjadi ntahahahapa tu normal. yg tak normal bila takder kerja syndrom tu happened until hari yg dinantikan tiba.....

THE BIG DAY.... diadakan di Dewan perbadanan putrajaya, betul2 depan Mahkamah ape tah.. oklah tmptnya, every single things ada, nice and comfortable untuk tetamu pun semuanya ada, surau ader, tmpt rehat ader, bilik air ada... senang ler recommended!!

Hiasan dewan hampir kesemuanya idea pengantin sendiri, kecuali the arch yg depan pintu masuk tu kerja mummy dgn mak ngah ler, semua tuh idea terkuar ketika di spital. so agak kelakau tapi tak kisah ler dari kosong cam dewan mengundi jerk pengantin sendiri tak tido mlm a day before sebab nak settlekan bunga meja, jgn tak tahuu.. pngantin turun padang tuh.. nasib ler kan sendiri yg nak so ini lah hasilnya...



Pagi2 lagi kami dah bertamu ke dewan tersebut untuk touch up mana yg kena siap sebelum majlis mula, dhodi seperti biasa bila dpt tmpt luas, lasaknya tak ingat baru kuar spital. bila lasak sikit mummy ugut nak bubuh ubat kat hand. terus jadi budak baik Mmg good boy betul dia hari tu, asyik berdukung dgn achik nana (of course he still remember u) so mummy dgn daddy leh ler melengang kang kong si kakak hamim dah ade geng (cousin dia si fatehah) kemana pegi ikut jerk kak ah good dirl jugak tapi asyik ler tersembam jatuh sebab pakai baju kurung but still nak melasak . Ape2 pun rasanya tahu budak2 nih jakun tak pernah gi kenduri camginih pastu jadi tuan rumah gak tuan kecik tgk budak nih punya eksen dia bergambar, sporting jer org nak ambik gambar aleh2 gambar dia lagi byk dari gambo pengantin jgn marah yerk pengantin



Paling best time kenduri camginih bila dua generasi dan pokok (ibubapa kami) bertemu, jarang2 sekali nak kumpul semua maklumler duduk jauh2 over the river gitu so biler org tgk masing2 kata 'oh yg tu ikut muka yg nih' 'yg nih ikut muka yg itu' paling best biler tgk diorg berjumpa walaupun sekejap but cukup menyimpan berjuta makna bagi kami sebagai anak2 and bagi hamim2 sebagai cucu kepada mereka berempat. especially biler hamim tgk gambar bawah nih, mesti dia kata, ader two atuk one wan one mek and continued 'i knew this daddy's mum' bla bla bla



gambar paling best tgk nih ler..



Ramai gak tetamu datang and tak putus2 Our friends pun ramai yg datang.. so thanks alot to all of them: Zareen and amrul bersama anak2 mereka yg hensem, Mr and Mrs Saiful ie: SN and K long pengantin lama Thanks dtg walaupun baru balik dari Brunie, shoot gambar anak sultan brunie kawin. Thanks to Baiti and Shah and all your family, thanks belanja makan ituhari, annti korang dtg sini kitaorg belanja laks. masih tak dpat lupa tomyam tongkang pecah itew Nani dan family bersama2 dua hero2 dia yg comel itew sorry ler if ade kekurangan layanan and all. Sheema and zul, thanks to u too and tak sempat borak panjang. Pau and BF amar, thanks alot, and korang bila pulak nih jgn tunggu lama2 Nono and Pokli and baby faiz, eeeeeeeeeee seronok dpt jumpa korang but sekejap sgt, tak pueh siut nak gossip tak sempat nak gomol sidebab tu lama2 . last but not least MAIZAN and hubby and of course si qistina tak sempat nak jumpa time balik awat ler tak tunggu aku ahbih solat dah tak sempat nak bergambor . Bagi yg lupa nak senarai... thanks alotttttttttttttttttttttttttttttttt



Mmg kaki sengal2 giler coz satu hari kaki tersepit coz pinjam kasut org (Bawak balik boot semua org tak kasi pakai dah beli kasut satu but kakak kata kasut murah tok sah pakai coz dia kata buruk mmg buruk pun- beli time tgh 'chairatibhairati' menyerang itew le hasilnye ) Sakit kaki sebab tak henti berdiri dan berjalan layan tetamu, sampai lupa duduk last2 mummy tanggal jerk, berkaki ayam ler gitu

Jumpa ustazah azlinda(warden asrama) and cigu zarina (mentor) masa sekolah dulu, diorg terkejut bila jumpa and kata : 'awat tak berubah pun, sama jerk macam sekolah dolu2, (refer tu muka, badan dan 'perangai' ) jawapan yg biasa kita jawab: biasa le awe't' muda byk mkn bahan pengawet padahal pernah dah mengergasikan diri suatu masa daholu 'shrinkable gitu' suka sgt dpt jumpa diorg, coz lama giler tak jumpa, mcm2 gossip kuar anak cikgu yg dulu budak kecik la nih dah jadi anak dara masih teringat masa sekolah dulu sgt rapat dgn ustazah nih warden asrama, tiap2 hari pun mengular dlm bilik ustazah, sampai org kata saya perepot padahal saya le paling nakal anyway tu citer lama

Letih tapi berbaloi, bile tetamu dah balik kami pulak ambik masa berpossing, mcm2 possing mengarut kami buat, paling suka gambar bawah nih, gambar dua anak perempuan Mr Jamli rasanya takde lagi gambar kita beduakan?? cunkan kakak saya AWET muda gak tuh


Gambar paling kelakor bila lepas kami berebut nak satu balang sorang bunga harum sundal malam itu kesian kami tak dapat coz tak leh bawak balik sini sungguh harum sundal malam itu dah ler balang itu berat sanggup diorg peluk untuk tunjuk bukti which one yours.. cheh macam2 ler aksi lawak siut tak yah le pi peluk balang letak ler satu tempat and gambo ler puas2

By the way semua org happy majlis selesai dgn jayanya, parent we all dah pun kami hantar pulang untuk berehat and tinggal kami untuk settlekan process tidy up cepat jer rasa masa berlalu, habis dah semuaaaa... pasni kalau ade kenduri pun maybe anak masing2 lak kot SETTLE!!




Gambar dibawah ader yg dirakam oleh Miss jay (hired photographer- abit blur sebab copy paste from fp dia, jgn marah noo) and ader yg dari camera kami... suka tgk gambar nih coz semua org pun ader kecuali PILOPAT (baru dpt berita dari mesia yg pilopat dah 4 hari tak balik, adakah beliau diculik atau sesat atau...... ) Gambar masa baling2 rose petals, budak2 ler paling suka sebagai penutup upacara




Comments: BESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSTTTTTTTT SGT leeeer, cepat sapa nak kawin lagi (soalan untuk yg tak pernah kawin jerk, yg udah nak mintak parang boley ) huhuhuhu habis juga story mory


Monday, 27-Aug-2007 21:45 Email | Share | | Bookmark
Episode 1: My brother's wedding - Melaka..

persiapan mlm sebelum akad, masing2 tgh tunjuk skill
budak2 jadi pelipurlara
ini lah bg boss buat hantaran
View all 41 photos...
Assalamualaikum..

Sorry ler lama tak update, penyakit dea'lazy'lah melanda , disamping berjalan tak sudah2 sebelum ramdhan tiba .. continue piccas from kenduri balik Malaysia tuhari.., dah berkarat2 gambar dlm simpanan, hubby dah bising bile nak update peminat setia fp ni tuh . Piccas took on 10th of june baru la nih menjenguk diri di fp.. hihihih sorry ler pangantin.. bukan pengantin baru dah nih jadi pengantin lama. btw homesick ler bila bukak album lama2 nih, rasa terkenang2 .. mula ler termenung2 mula ler tak jadi kerja ...hihihi macam2..

Oklah, back to the piccas stories , hantaran masa kenduri kali nih, project manager is Ida (my sister) as before every my adik beradik kawin mummy ler jadi project manager, even my kenduri sekali pun , but this time kita asah skill mak ngah pulak..mummy tak boleh dah seni dah tumpul beku kena salji Sgt simple and cantik hantarannye, padai mak ngah ditambah pulak pertolongan my auntie pun creative orgnya, kira second project manager ler.. mcm2 my sister cerita nak buat itu ini, but mummy keep on blurr....blurrr..blurr...ikut saja ler.. lagi pun mummy tak boley tolong, had to balik kb..


Hantaran nih siap betul2 kesemuanya (ada yg dah siap, tinggal touch up, and a few yg need to be fresh esok pagi) mlm before berarak jam 2 pagi.. punya ler ngantuk semua org Buatnya di melaka, rumah menginap uitm yg diberi kepada pihak keluarga lelaki, takut lambat if bertolak dari melaka. Tok kadi busy on the nikah day, ramai giler nak kawin even Pak lah pun sama , so we had to be punctual. Tok kadi nak every cakap2 and segala benda tukar2 (adat and so forth) before 9 am. so dia dtg terus nikah jerk.. . So kami bermalam semlman di melaka, subuh2 lagi dah bangun kena bersiap2.. Budak2 dipaksa bangun, seawal 6 pagi, mandi and all pukul 8 dah kena ada kat umah pengantin pompuan.. Dlm tgh nak menyiapkan diri sendiri, seekor nyamuk berdebah telah hinggap diatas hidung tepi mata kanan dhodi. kecik jer nyamuk tuh, but cukup membuatkan dhodi ellergic. Tension mummy Apa2 pun bubuh ubat je lerr, habis merah2 and sedikit bengkak.. kami berarak le jugak.. Disebabkan Mc yg diupah tak dtg coz no reason, so my oldest brother had to replace him. Sian my bro dah ler dia oncall a nite before and rush from Kuala Pilah to Melaka just after belah perut org . so bidan terjun tak main pantun, terus straight to the point nak ke tak nak?? habis citer

Habis baba long kelentong semua org, tok kadi tak sampai2, budak2 mula dah meragam, lapar tak sempat nak breakfast, mereka pun dah baut mcm rumah sendiri, main game on hp and jerit2 kaki mummy naik sekerengga (sesemut kecik sgt) dah menunggu biler tok kadi sampai semua org lega, sekali tok kadi byk pulak soalnya... habis berpeluh2 pengantin.. mujur time akad sekali lafaz jerk, kalau dak mahu numb separuh badan mummy punya le lama duduk PAS je selesai akad, mummy cepat2 excuse nak duduk luar, coz dhodi dah mula kata hungry.. so terlepas ler episode bercucuran air mata .... daddy sempat le merakam saat2 tersebut...piccas paling sedih yg nih....



After akad settle, time for makan, rusydi dah mula gatal2 sebelah muka, merengek jer kerja.. bengkak semakin jelas dan nyata, hampir sepet sebelah mata yg sepet berdebah sungguh nyamuk tuk, kalau den jumpa mahu ku bakar2 buat sate kesian dhodi.. Below gambar diambil selepas akad nikah, dimana seorg dari kami baru je kena tinggal... SOLD OUT!!! rasanya ni ler first time kami bergambar adik beradik selepas bertahun2 kami semua kawin



Had tu tukar all the costume masa akad and changed it with more casual (sapa yg buat rule tak ingat ) untuk majlis bersanding. Semua sedara mara yg join berarak pun kena tukar rule! kalau tak der baju kena tukar sesama sendiri, ko pakai seluar aku, aku pakai baju ko tgh duk kecoh2 kat umah tu tetiba guruh bergema... hahahahaah habis mekap2 kuu..



Masa tgh time mkn and bersanding tuh dhodi tak duduk diam, kakak pun sama, sebab rimas dgn panasnya, hujannya, bengkak matanya, laparnya and ngantuknya... gave up sungguh rasanya.. tak habis pun mkn2 cepat kami bergambar and terus balik ke rumah tumpangan... mata dhodi pun makin bengkak below gambar sister in action...



And this is our family piccas which budak dua tu puas kena paksa....



Selesai majlis kami terus balik ke bangi, on the way ade org tuh boley kata: "lapar tahap gaban, tak sempat nak makan tadi, apa kata kita singgah kenny rogers, lagi pun budak2 pun lapar chips and aiscream". kami pun melencong ke 'The mines' and jalan2 cari makan... Mata dhodi makin mengecik disebabkan bengkaknya makin menyembul..


p/s: to be continued episod dhodi admitted to hospital and kenduri our side...


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net